Search
  • EDICT Malaysia

Satu lagi kematian dalam tahanan di Penjara Pengkalan Chepa?

1. EDICT difahamkan terdapat satu lagi kes kematian dalam tahanan berlaku di Penjara Pengkalan Chepa.

2. Kes ini melibatkan seorang lelaki Melayu yang dikatakan ditahan akibat penggunaan ketum. Mangsa disahkan mati pada 1 September 2020.

3. Kes ini disebarkan oleh adik ipar kepada mangsa di laman facebook (lihat pautan) yang meminta perhatian rakyat Malaysia untuk memberikan bantuan bagi mendapatkan keadilan untuk arwah abang iparnya.

4. EDICT difahamkan melalui kenyataan adik ipar mangsa, mangsa didapati sihat sebelum dimasukkan ke dalam penjara. Mangsa yang ditahan dibawah kesalahan memiliki daun ketum, tidak pernah mempunyai masalah kesihatan kritikal sebelum ini. Pemeriksaan yang dijalankan sebelum mangsa dimasukkan ke dalam penjara juga menunjukkan mangsa adalah dalam keadaan sihat. Namun begitu, pihak keluarga terkejut dengan kecederaan yang dialami mangsa selepas berada didalam tahanan. Menurut dakwaan adik mangsa, mangsa didapati cedera pada bahagian paru-paru, dada dan perut. Pihak penjara juga tidak memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai keadaan mangsa yang kritikal ketika itu dan terpaksa dibawa ke hospital. Keluarga mangsa turut berasa ragu-ragu dan bimbang seandainya mangsa dipukul didalam tahanan.

5. EDICT berasa kecewa dengan perkembangan kes ini memandangkan mangsa baru sahaja dimasukkan ke dalam penjara pada bulan Julai tahun ini dan bagaimana boleh mendapat kecederaan serius sebulan selepas berada didalam penjara?

6. EDICT menggesa pihak Jabatan Penjara Pengkalan Chepa untuk menjelaskan perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

7. EDICT juga mendesak agar satu inkues diadakan bagi menyiasat punca kematian dan mencari pelaku jenayah tersebut seandainya benar berlaku penderaan ke atas mangsa.


EDICT

5 September 2020


12 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).