Search
  • EDICT Malaysia

2 Kematian dalam tahanan berlaku minggu ini





1. EDICT memetik laporan media berkenaan dua kes kematian dalam tahanan yang berlaku dalam masa satu minggu ini. Pertama, kematian yang berlaku ke atas seorang tahanan lelaki Melayu berusia 27 tahun di IPD Kuala Selangor. Kedua, kematian yang berlaku ke atas seorang tahanan berbangsa India berusia 25 tahun dalam tahanan Penjara Kajang.


2. EDICT berasa sangat bimbang dengan perkembangan ini memandangkan situasi kes-kes kematian dalam tahanan masih dilihat kerap berlaku walaupun mendapat kecaman teruk daripada orang awam.


3. EDICT menggesa agar pihak kerajaan menyegerakan langkah untuk menangani kes-kes kematian dalam tahanan sama ada di penjara mahupun lokap polis.


4. EDICT juga menggesa agar setiap kematian yang berlaku didalam tahanan hendaklah disiasat melalui prosiding inkues yang dikendalikan oleh Hakim Koroner. Ini adalah bertepatan dengan kehendak seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah.


5. EDICT juga ingin menggesa agar pihak kerajaan segera mengkaji untuk mewujudkan Akta Mahkamah Koroner bagi memastikan perjalanan inkues menyiasat kematian dalam tahanan dapat berjalan dengan lebih lancar dan lebih teratur.


6. EDICT ingin mengingatkan kerajaan agar pelaksanaan IPCMC harus disegerakan bagi menyelesaikan aduan salahlaku atau perlanggaran tugas oleh anggota polis sekiranya hasil dapatan inkues mendapati terdapat kecuaian dan pengabaian tugas daripada pihak polis.


7. EDICT menggesa orang ramai yang mengetahui mengenai kes-kes kematian dan penderaan dalam tahanan agar tampil ke hadapan dan membawa isu ini ke perhatian EDICT untuk proses menuntut keadilan.


10 Julai 2021

EDICT

122 views0 comments