Search
  • EDICT Malaysia

๐‹๐š๐ฒ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ณ๐š ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฌ-๐Š๐ž๐ฌ ๐ˆ๐ง๐ค๐ฎ๐ž๐ฌ ๐ƒ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š?



1. EDICT mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan khususnya Jabatan Peguam Negara kerana prihatin dalam mengadakan inkues bagi menyiasat kematian yang meragukan melibatkan seorang gadis berbangsa Ireland-Perancis yang telah pun bermula pada 24 ogos lalu.


2. EDICT berasa sangat kagum kerana inkues kali ini dibuat secara โ€œliveโ€ dan boleh ditonton dari seluruh dunia melalui laman youtube dan facebook Badan Kehakiman Malaysia.


3. Walaubagaimanapun EDICT merasakan, perbicaraan secara langsung (live) wajar juga diadakan dalam inkues-inkues yang lain yang mana inkues tersebut melibatkan kematian terutamanya kes-kes kematian dalam tahanan. Adalah tidak wajar apabila hanya kerana sesuatu kematian tersebut melibatkan golongan berprofil tinggi, maka baru siaran secara langsung telah diadakan.


4. Konsep keadilan seperti yang termaktub di dalam Perkara 8 Perlembagaan Malaysia adalah sama dan adil untuk semua pihak. Kes kematian dalam tahanan di Malaysia tidak kurang pentingnya untuk diketengahkan kepada umum sepertimana kes mendiang Nora Anne.

5. Tambahan pula, inkues untuk kes kematian dalam tahanan adalah sesuatu yang mandatori dan termaktub di dalam seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah.


6. EDICT kagum kerana Mahkamah Koroner di dalam kes Nora Anne boleh melapangkan banyak tarikh dalam masa yang singkat bagi menyelesaikan penyiasatan inkues. Pada tahap ini EDICT juga berharap semua Mahkamah Koroner di semua negeri dapat mengamalkan amalan sedemikian untuk semua kes-kes inkues yang lain. Kami rasakan keutamaan harus diberikan kepada penyiasatan inkues yang melibatkan kematian rakyat negara Malaysia sendiri.


7. EDICT menggesa semua Mahkamah Koroner negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk memaastikan bahawa inkues diadakan untuk semua kes-kes kematian dalam tahanan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah dan ianya di mulakan secepat mungkin selepas mana-mana kematian dalam tahanan. Mahkamah Koroner dan Jabatan Peguam Negara hendaklah memastikan perkara ini berlaku.

8. EDICT juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Jabatan Kehakiman Malaysia agar dapat memastikan Mahkamah Koroner hanya mengendalikan kes-kes kematian dalam tahanan dan inkues sahaja, bukan untuk mengendalikan kes-kes jenayah lain yang bukan penyiasatan kes inkues.

9. Dengan keberkesanan dalam tindakan ini, Mahkamah Koroner akan menjadi satu platform yang baik bagi memastikan para keluarga mangsa serta pihak-pihak berkuasa yang terlibat mendapatkan keadilan dan kebenaran.

EDICT

28 OGOS 2020

13 views
ย 

ยฉ2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).