Search
  • EDICT Malaysia

EDICT anjur Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan sempena ulangtahun kematian Teoh Beng Hock dan R.Gunas



Pada tarikh 16 Julai setiap tahun, EDICT akan menganjurkan hari memperingati mangsa-mangsa yang mati dalam tahanan. Tarikh 16 Julai ini dipilih kerana pada tarikh tersebut 12 tahun lalu merupakan hari kematian Teoh Beng Hock dan R.Gunasegaran yang telah membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu kematian dalam tahanan. Tahun lalu EDICT dan kumpulan-kumpulan NGO hak asasi manusia lain telah berhimpun di hadapan bangunan Majlis Peguam menyambut hari hitam kematian dalam tahanan secara fizikal. Namun untuk tahun ini, disebabkan kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti fizikal, EDICT akan menganjurkan acara tersebut secara atas talian.


Pada tarikh 16 Julai ini, EDICT ingin mengajak semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama menyertai acara memperingati para mangsa mati dalam tahanan serta bersolidariti bersama keluarga mangsa melalui aplikasi ZOOM. EDICT menyeru setiap peserta untuk menyediakan sebatang lilin untuk dinyalakan dihadapan kamera masing-masing. Selain daripada itu, EDICT juga menjemput semua lapisan masyarakat untuk memberikan ucapan solidariti di dalam acara tersebut. Turut berucap sama adalah beberapa para Ahli Parlimen, ADUN dan pemimpin NGO yang telah memberikan persetujuan untuk hadir.


EDICT juga akan melancarkan jualan amal seperti T-shirt dan portret karikatur yang direka khas oleh Fahmi Reza bagi membantu kerja-kerja dan usaha-usaha EDICT mengendalikan kes-kes kematian dan penderaan dalam tahanan. Hasil karya ini hanya boleh didapati melalui EDICT.

EDICT berharap semua pihak dapat menyertai program secara atas talian tersebut yang akan berlangsung pada 16 Julai 2021, Hari jumaat, jam 5.30 petang. Program ini adalah sebagai satu inisiatif daripada EDICT bagi terus memberi kesedaran kepada orang awam untuk membanteras kes-kes kematian dan penderaan dalam tahanan supaya mencapai angka sifar. Sebarang pertanyaan, info lanjut atau sumbangan boleh hubungi sekretariat kami melalui whatsapp 016-621-5801.





173 views0 comments