Search
  • EDICT Malaysia

EDICT kecewa dengan kematian dalam tahanan polis yang terbaru di balai Polis Selayang



1. EDICT mendapat maklumat mengenai satu lagi kes kematian dalam tahanan yang dilaporkan berlaku semalam di Balai Polis Selayang.


2. Kes kali ini melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang ditahan ketika sedang menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan.


3. Lelaki tersebut ditahan hanya lebih kurang satu jam sebelum didapati mati tidak sedarkan diri.


4. EDICT ingin mengulangi pendirian, kematian dalam tahanan adalah tidak wajar berlaku. Pihak polis hendaklah sentiasa peka dengan keadaan kesihatan serta cakna integriti dalam memastikan tahanan mendapat layanan yang berperikemanusiaan.


5. EDICT ingin menegaskan bahawa, satu siasatan inkues mesti dilakukan bagi mengetahui punca kematian serta pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian.


6. Kecaman, teguran dan peringatan telah berulang kali dilontarkan kepada pihak kerajaan dan PDRM agar menghentikan kematian yang berlaku dalam tahanan namun kami melihat kerajaan dan PDRM tidak serius dalam menangani masalah ini.


7. EDICT juga dalam masa sama ingin menegaskan bahawa IPCMC mesti segera dilaksanakan bagi menyiasat sekiranya wujud salahlaku atau perlanggaran tugas oleh anggota polis ketika menjalankan tugas.


8. EDICT disamping itu ingin mengingatkan agar pihak SUHAKAM tidak campur tangan dalam siasatan kematian ini memandangkan kes-kes kematian dalam tahanan adalah tertakluk dibawah seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah yang menjadi mandatori untuk disiasat oleh Mahkamah Koroner sahaja. Penyiasatan oleh SUHAKAM tidak akan dapat memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak antara keluarga mangsa dan pihak polis serta tidak ada tindakan susulan dapat diambil selepas keputusan siasatan diumumkan.


9. Kami di EDICT bersiap sedia untuk membantu pihak keluarga sekiranya memerlukan bantuan guaman bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa.


EDICT 21 Mei 2021

8 views0 comments