Search
  • EDICT Malaysia

EDICT setuju saranan Zuraida berkenaan transformasi CCTV lokap




1. Merujuk kenyataan media YB Menteri, Datuk Zuraida Kamarudin pada 14 Februari 2021, beliau telah menyarankan dan menggesa kerajaan agar membuat transformasi ke atas penggunaan CCTV di dalam lokap seluruh negara.


2. Dalam kenyataan tersebut, beliau mengulas mengenai kes seorang gadis dirogol di dalam lokap Balai Polis Miri yang dibangkitkan oleh kami pada bulan lalu.


3. Walaupun kenyataan beliau agak lewat dikeluarkan iaitu selepas sebulan kejadian berlaku, EDICT tetap bersetuju dan menyokong penuh gesaan YB Menteri ini dalam memastikan kes-kes melibatkan tahanan di dalam lokap dapat diadili dengan baik dan adil. Dengan adanya sistem rakaman CCTV yang baik, sudah tidak wujud lagi kesangsian terhadap para anggota sekiranya mereka menjalankan tugas dengan betul dan mengikut undang-undang.


4. Di dalam inkues kematian Benedict A/l Thanillas pada tahun 2019, pihak polis mengatakan rakaman CCTV di lokap mereka telah hilang akibat daripada masalah pengstoran yang lemah.


5. Di dalam kes gadis dirogol di Sarawak di dalam lokap Balai Polis Miri, Pesuruhjaya Polis Sarawak pula mengatakan sistem CCTV mereka tidak mempunyai fungsi rakaman seperti CCTV lain.


6. Hal-hal seperti ini telah menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap institusi polis yang dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan bukti dan membela para anggota mereka yang jelas patut dipertanggungjawabkan dalam kes seperti ini.


7. Gesaan dan saranan Datuk Zuraida Kamarudin agar kerajaan mengambil berat dalam menyediakan satu sistem CCTV yang berfungsi dengan sempurna adalah wajar disokong.


EDICT

15 FEBRUARI 2021

112 views0 comments
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).