Search
  • EDICT Malaysia

Isu pelajar diugut rogol: Tugas polis adalah menyiasat dakwaan, bukan membuat anggapan



1. Merujuk kepada laporan Malaysiakini yang bertarikh 26 April bertajuk “Timbalan IGP sifatkan ugutan rogol mungkin gurauan rakan sedarjah”, EDICT ingin melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati atas pendirian Timbalan Ketua Polis Negara tersebut.


2. EDICT beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai atasan polis yang berpangkat tinggi ini adalah satu kenyataan yang dilihat tidak cerdik sekaligus mencemarkan nama baik PDRM.


3. Ketika masyarakat sedang mempersoalkan kredibiliti dan integiriti PDRM yang semakin buruk, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memulakan sebarang siasatan.


4. EDICT ingin mengingatkan Timbalan Ketua Polis Negara bahawa tugas anggota polis adalah untuk menyiasat, bukannya membuat anggapan.


5. Tindakan beliau ini telah menimbulkan keraguan dalam kalangan orang awam bahawa pihak polis sememangnya tidak serius dalam usaha menangani jenayah khususnya berkaitan jenayah seksual.


6. EDICT juga menggesa kerajaan supaya menyegerakan IPCMC agar pada masa akan datang, tindakan yang adil dan tegas boleh diambil ke atas para anggota yang melanggar disiplin sebagai seorang anggota polis.


EDICT

16 April 2021

3 views0 comments