Search
  • EDICT Malaysia

Kematian Dalam Tahanan di Penjara Sungai Buloh dan Mahkamah Pulau Pinang


1. EDICT mendapat makluman tentang 2 kematian dalam tahanan yang berlaku di dua tempat berbeza hari ini.

2. Kes yang pertama, berlaku di Penjara Sungai Buloh, melibatkan seorang warga Indonesia yang dikatakan mengadu sakit perut akibat keracunan makanan pada bulan Jun yang lalu namun hanya diketahui EDICT hari ini selepas rakan satu sel mangsa menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan menyemak kes tersebut.

3. Kes kedua, berlaku di Kompleks Mahkamah Georgetown, Pulau Pinang, melibatkan seorang lelaki berusia 30an warganegara Malaysia yang ditemui mati dalam keadaan bergari dan terbaring di kompleks Mahkamah Georgetown.

4. Setakat kenyataan ini ditulis, pihak polis masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan media mengenai kedua-dua kes tersebut khususnya di Pulau Pinang, tentang bagaimana seseorang yang masih bergari boleh didapati jatuh dari tingkat atas bangunan mahkamah yang sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat buat tahanan.

5. EDICT berasa sangat bimbang tentang trend kematian dalam tahanan seperti ini yang berlaku sangat kerap saban hari tanpa ketegasan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

6. EDICT Juga ingin menegaskan, untuk kedua-dua kes ini, Inkues hendaklah dijalankan dan pihak-pihak terlibat tidak boleh hanya berpuas hati dengan siasatan polis semata-mata.

7. Berikan kuasa kepada pihak koroner untuk menjalankan proses siasatan mengikut undang-undang seperti yang termaktub dalam seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah.

EDICT

10 OGOS 2020

27 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).