Search
  • EDICT Malaysia

Kematian terbaru hari ini di Penjara Kluang




1. EDICT mendapat maklumat mengenai satu lagi kes kematian dalam tahanan yang berlaku hari ini di Penjara Kluang.

2. Kes kali ini melibatkan seorang lelaki berusia 30an warganegara Nepal. Mayat kini berada di Hospital Kluang untuk dilakukan proses bedah siasat.

3. EDICT ingin mengulangi pendirian, kematian dalam tahanan adalah tidak wajar berlaku. Pihak penjara hendaklah sentiasa peka dengan keadaan kesihatan serta cakna integriti dalam memastikan tahanan mendapat layanan yang berperikemanusiaan.

4. EDICT ingin menegaskan bahawa, satu siasatan inkues mesti dilakukan bagi mengetahui punca kematian serta pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian. Ini selaras dengan kehendak seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah yang telah memandatkan kes-kes kematian dalam penjara atau lokap polis atau hospital sakit jiwa untuk disiasat oleh mahkamah koroner.


5. Selain itu Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 2 Tahun 2019 juga turut mengarahkan agar Mahkamah Koroner untuk mengendalikan inkues kematian dalam tahanan.


6. Siasatan kematian ini juga hendaklah dilakukan oleh Mahkamah Koroner dan bukannya pihak-pihak lain yang cuba menangguk di air yang keruh.

7. Kami di EDICT bersiap sedia untuk membantu pihak keluarga sekiranya memerlukan bantuan guaman bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa.

EDICT

31 MEI 2021

220 views0 comments