Search
  • EDICT Malaysia

KORONER PUTUSKAN KEMATIAN BENEDICT AKIBAT KECUAIAN DAN PENGABAIAN PIHAK POLIS.


1. EDICT menyambut baik keputusan Hakim Koroner, Puan Mahyon Binti Talib hari ini dalam kes inkues kematian Benedict A/L Thanillas.

2. Koroner mendapati terdapat kecuaian dan pengabaian tugas oleh pihak polis dalam kematian Benedict.

3. Benedict merupakan seorang pesakit kronik yang ditahan oleh pihak polis pada tahun 2017 lalu dan didapati mati dalam tahanan polis di Lokap Berpusat Jinjang.

3. Koroner Mahyon Binti Talib juga pada hari ini menegaskan supaya Pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mesti mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang terlibat.

4. EDICT ingin memuji tindakan Koroner kali ini dalam memberikan keputusan yang jelas berpandukan prinsip hak asasi manusia dan perlembagaan.

5. EDICT juga memuji pihak pegawai pengendali kes daripada Jabatan Peguam Negara yang turut bersetuju dengan pihak keluarga mendiang bahawa pengabaian dan kecuaian pihak polis ke atas mendiang adalah punca kematian ini berlaku.

7. EDICT berharap agar mahkamah koroner yang lain dapat meneladani keputusan kes ini bagi kes-kes yang serupa berkaitan pengabaian dan kecuaian pihak polis ke atas tahanan.

8. Akhir sekali, kami ingin menegaskan, kematian dalam tahanan adalah tidak wajar sama sekali berlaku dalam apa jua keadaan. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan Malaysia ke arah sifar kematian dalam tahanan.

EDICT

11 September 2020




7 views
ย 

ยฉ2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).