Search
  • EDICT Malaysia

Penahanan Wong Yan Ke: Merakam Anggota Polis Bertugas Bukan Satu Kesalahan



1. EDICT mengecam tindakan polis menahan aktivis mahasiswa UMANY, saudara Wong Yan Ke hanya kerana tindakan beliau merakam anggota polis yang sedang menggeledah kediaman beliau.


2. Polis mendakwa atas sebab Wong merakam anggotanya yang sedang menggeledah rumah beliau, polis terpaksa menahan Wong dibawah seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


3. EDICT menegaskan bahawa, tindakan merakam video anggota polis yang sedang bertugas adalah bukan satu jenayah.


4. Pihak polis sendiri telah bersetuju dengan penggunaan kamera badan bagi merekodkan aktiviti anggota mereka ketika bertugas. Perkara ini telah disebut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataannya yang bertarikh 20 September 2019. Beliau turut menyatakan tindakan merekod aktiviti anggota polis itu dapat membantu mengurangkan penyelewengan dalam tugasan anggotanya (lihat pautan).


5. Sekiranya anggota polis berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan dibawah undang-undang, mengapa pihak polis bimbang dengan tindakan orang awam yang merekodkan video anggota mereka?


6. EDICT juga difahamkan pihak polis akan membawa Wong ke mahkamah untuk permohonan reman. Apakah keperluan pihak polis untuk menahan reman Wong? Bukankah cukup sekadar mengambil keterangan di balai polis?


7. EDICT menggesa PDRM agar segera membebaskan Wong.


8. EDICT juga melihat tindakan menahan orang awam hanya kerana satu kesalahan ringan di musim pandemik ini hanya akan menambahkan lagi risiko penularan Covid19.


9. Tindakan polis memohon perintah reman ke atas Wong jelas satu tindakan yang tidak munasabah berlandaskan keadaan semasa pandemik ini.


10. EDICT ingin mengulangi gesaan terhadap PDRM bahawa tindakan menahan reman aktivis mahasiswa tersebut jelas tiada asas dan tidak ada sebarang keperluan.

97 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).