Search
  • EDICT Malaysia

Penjara Seberang Perai Tetap Perlu Bebaskan Tahanan Jika Sudah Tamat Tempoh Hukuman



1. EDICT merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Penjara Seberang Prai, Zulkifli Abdul Manah seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaymail.com bertarikh 2 November 2020 (lihat pautan).

2. Menurut beliau, pihak penjara akan kekal menahan kesemua tahanan yang didapati positif Covid19 di penjara walaupun mereka sepatutnya sudah dibebaskan.

3. EDICT mahu mengingatkan bahawa hanya mahkamah yang boleh memerintahkan seseorang itu untuk dilanjutkan tempoh penahanan mereka.

4. EDICT ingin menegaskan, penahanan selepas berakhir tempoh hukuman adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

5. Alasan pihak penjara bahawa tindakan melanjutkan penahanan untuk membendung penularan Covid19 adalah sama sekali tidak boleh diterima.

6. Pihak penjara hendaklah menyerahkan tahanan yang telah dijadualkan bebas kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk menerima rawatan di hospital atau dikuarantin.

7. Tahanan yang telah bebas sepatutnya diberi jaminan untuk hidup bebas seperti orang awam lain. Mereka berhak untuk memilih makanan dan tempat tinggal yang lebih selesa.

8. EDICT ingin memberi peringatan kepada pihak penjara bahawa tindakan menahan individu yang telah tamat tempoh hukuman adalah satu kesalahan melainkan terdapat perintah daripada mahkamah untuk melanjutkan hukuman.

EDICT

3 NOV 2020

25 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).