Search
  • EDICT Malaysia

Perbincangan EAIC-EDICT perkembangan baik ke arah usaha mengakhiri kematian dalam tahanan



1. EDICT telah dijemput oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) atau lebih dikenali dengan nama EAIC untuk berbincang mengenai isu-isu melibatkan kes kematian dalam tahanan. Perbincangan itu telah berlangsung hari ini 3 Jun 2021 jam 10 pagi tadi.

2. Perbincangan ini melibatkan pengerusi EAIC sendiri Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta para pegawainya dan dipihak EDICT adalah Pengerusi EDICT, Tuan M.Visvanathan dan Pengarah Eksekutifnya Khalid Ismath.

3. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah mengenai peranan EAIC dalam menyiasat perlanggaran atau pengabaian tugas anggota berkuasa beruniform, kelemahan-kelemahan badan beruniform yang menguruskan tahanan didalam pusat tahanan mereka serta undang-undang yang digunapakai untuk mengendalikan dan menyelia tahanan.

4. EDICT sangat berasa sukacita dengan pendekatan EAIC yang sanggup turun padang bagi mendengar dan berbincang tentang isu-isu melibatkan kematian dalam tahanan. Kami berharap agar perbincangan dan kerjasama antara EDICT-EAIC ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

5. EDICT berharap agensi-agensi dan suruhanjaya lain yang mempunyai kepentingan dalam isu kematian dalam tahanan dapat mencontohi langkah EAIC agar kita dapat bersama-sama berusaha ke arah sifar kematian dalam tahanan.


EDICT

3 Jun 2021

112 views0 comments