Search
  • EDICT Malaysia

Perkembangan inkues kematian Mohd Fadzrin





1. Hari ini merupakan sesi pendengaran ke atas permohonan semakan jenayah yang difailkan oleh peguam mewakili keluarga arwah Mohd Fadzrin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.


2. Semakan ini adalah berkenaan keputusan mahkamah koroner yang tidak membenarkan penyerahan dokumen berkaitan inkues itu kepada pihak peguam mewakili keluarga.


3. Keputusan Hakim Koroner itu dibuat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Koroner Pulau Pinang selepas pihak pegawai pengendali inkues daripada Pejabat Peguam Negara enggan membuat penyerahan dokumen kepada pihak peguam yang mewakili keluarga mangsa.


4. Dalam hujahan di Mahkamah Tinggi hari ini, pihak peguam, Tuan M. Visvanathan telah mengemukakan rujukan-rujukan kes dan keputusan-keputusan mahkamah yang lebih tinggi daripada Mahkamah Koroner yang telah memutuskan agar pihak peguam

yang mewakili keluarga dalam sesuatu inkues hendaklah diberikan dokumen seperti yang dikehendaki.


5. Peguam juga menegaskan tujuan dokumen itu diperlukan bukan untuk mencari sebarang kesalahan pihak tertentu sebaliknya untuk mencari keadilan buat si mati.


6. Kami ingin mengingatkan pihak Jabatan Peguam Negara bahawa tujuan inkues diadakan adalah untuk mencari punca dan sebab kematian, bukan untuk menentukan siapa salah atau benar, siapa menang atau kalah.


7. Justeru itu, langkah yang diambil Pejabat Peguam Negara yang tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak keluarga adalah dilihat sebagai langkah yang tidak tepat dalam situasi sekarang.


8. Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Mei 2021 sebagai tarikh keputusan bagi semakan tersebut. Inkues yang dijadual bersambung hari ini pula telah ditunda kepada 7 Mei bagi menunggu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.


9. Keluarga diwakili oleh Peguam Tuan M. Visvanathan dan Encik Sanjay Nathan.

3 views0 comments