Search
  • EDICT Malaysia

Persoalan-persoalan yang masih tidak berjawab mengenai 2 kematian dalam tahanan lokap polis dalam ma



1. Pada 1 Jun dan 26 Jun, EDICT telah mendedahkan mengenai kematian dalam tahanan dalam 2 lokap polis di daerah Kuala Lumpur.

2. Kematian yang pertama adalah melibatkan seorang yang didakwa merupakan warga Nepal di lokap Jinjang. Kematian yang kedua pula adalah di lokap Dang Wangi.

3. Tiada seorang pun patut mati di dalam lokap. Namun, purata sebanyak 16 kematian suspek di dalam lokap berlaku setiap tahun.

4. Setiap kematian didalam lokap adalah kematian yang boleh dielakkan serta menjadi suatu celaan ke atas pihak polis yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan para tahanan.

5. Oleh itu, kami mengharapkan agar pihak polis untuk mengambil langkah yang bersungguh-sungguh untuk mengakhiri kematian dalam tahanan.

6. Sudah berlaku 2 kematian di dalam daerah yang sama, dalam masa 3 minggu ini namun pihak polis seakan-akan tidak bersuara.

7. Kami menggesa Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim untuk menenangkan orang ramai dengan sekurang-kurangnya menyiarkan protokol pendedahan yang diambil apabila berlaku kematian dalam tahanan di daerah Kuala Lumpur. Selain pihak koroner (sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang), kepada siapakah mesti pihak polis melaporkan kematian tersebut? Apakah maklumat yang mesti pihak polis kemukakan kepada ahli keluarga mangsa dan orang awam? Dan bila?

8. Sehingga kini, pihak polis tidak menyiarkan sebarang maklumat mengenai kematian dalam tahanan yang berlaku pada 26 Jun lalu. Kami tidak tahu siapakah namanya, umurnya, pekerjaanya, tempat ditahan, sebab ditahan, dan tempat kematian. Kami tidak tahu nama dan pangkat pegawai yang ditugaskan untuk menyiasat kematian tahanan tersebut. Kami tidak tahu apakah sasaran tempoh masa untuk siasatan dilengkapkan.

9. Sehingga kini, polis hanya menyiarkan sedikit maklumat mengenai “Dhan Bahadur” yang mati di dalam lokap Jinjang pada 30 Mei. Kami tidak tahu mengapa mereka mereka gagal mendapatkan pengesahan daripada kedutaan Nepal sebelum mereka membuat dakwaan “Dhan” merupakan warga Nepal. Kami tidak tahu mengapa Jabatan Imigresen Malaysia tidak boleh membantu dalam pengesanan identiti mangsa. Kami tidak tahu apakah tindakan yang diambil terhadap majikan “Dhan”. Kami tidak tahu mengapa polis meminta maklumat daripada orang awam mengenai “Dhan” tanpa menyediakan gambar atau lakaran beliau supaya orang awam dapat membantu mengenalpasti mangsa.

10. Kami menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk memberi maklum balas terhadap kegusaran orang ramai yang semakin meningkat terhadap jumlah kes kematian di dalam lokap polis yang membimbangkan dan mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis.

11. Kami menggesa mereka untuk mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengendalian kes kematian dan penderaan dalam tahanan. Hanya dengan itu orang ramai akan mempercayai bahawa pihak polis menganggap orang yang ditahan sebagai manusia, bukan seperti objek yang tidak bernilai.

8 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).