Search
  • EDICT Malaysia

Satu lagi kematian dalam tahanan berlaku ketika ahli politik melaungkan “setiap nyawa berharga”.



1. Kami berasa kesal kerana masih terdapat kes kematian dalam tahanan polis.

2. Menurut maklumat yang kami terima, kes kali ini berlaku di lokap IPD Segamat dan si mati merupakan seorang pemuda Cina.

3. Kami masih tidak menjumpai apa-apa kenyataan oleh pihak polis Johor atau Bukit Aman mengenai kematian ini. Kami menggesa Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay untuk memberikan respon.

4. Sesiapa pun yang dimasukkan ke dalam lokap hendaklah keluar dengan selamat. Menurut maklumat yang dikeluarkan di Parlimen, purata 16 orang tidak berjaya keluar daripada lokap setiap tahun. Mereka mati.

5. Lebih teruk, masih tidak ada sebarang pelan diumumkan Ketua Polis Negara mahupun Menteri Dalam Negeri dalam usaha menamatkan kematian didalam tahanan serta menghentikan rasa hilang keyakinan orang awam terhadap polis.

6. Didalam satu kenyataan bertarikh 10 Julai 2020 (link), kami difahamkan bahawa pada tahun 2004, pihak polis telah mengeluarkan satu arahan CID No.10 yang mana menyatakan “semua siasatan polis dalam kes kematian dalam tahanan hendaklah dilengkapkan dalam tempoh 1 bulan dan satu inkues mesti diadakan.” Kami boleh buktikan melalui rekod mahkamah bahawa perkara itu jarang berlaku.

7. Walaupun mantera “setiap nyawa berharga” yang sering diulang-ulang di Malaysia, Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri kekal berdiam diri tatkala kes kematian dalam lokap polis semakin menjadi-jadi.

8. Oleh itu, kami menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, YB Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menyaman Menteri Dalam Negeri dan meminta satu pelan untuk menamatkan masalah ini.

9. Kami selanjutnya menggesa para ahli parlimen di kedua-dua belah pihak untuk menyokong tindakan menamatkan layanan ibarat objek tidak bernilai terhadap tahanan atau berhenti bercakap “setiap nyawa berharga”.

EDICT 22 July 2020

90 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).