Search
  • EDICT Malaysia

Surat Terbuka EDICT kepada Yang Berbahagia Peguam Negara, Tan Sri Idrus bin Harun

Merasionalkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

Kami sedia maklum bahawa semasa Tan Sri dilantik sebagai Peguam Negara, tidak pernah terlintas di fikiran Tan Sri bahawa Tan Sri perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam kepimpinan undang-undang ketika situasi wabak pandemik.

Dalam situasi wabak pandemik ini, kekangan pergerakan secara menyeluruh mesti dikuatkuasakan walaupun dengan persediaan yang kurang atas sebab masa yang suntuk. Kes-kes seperti penggunaan kekerasan yang melampau, penentangan terhadap pihak berkuasa dan layanan tidak

adil akan menjadi lebih banyak. Oleh yang demikian, pihak Peguam Negara mestilah memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya, iaitu dengan menyediakan satu garis panduan yang diperlukan.

Atas semangat kerjasama, kami ingin mencadangkan beberapa analisa dan cadangan.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa, setakat 2 April 2020, seramai 4,189 orang telah ditahan dan 1,449 daripada mereka telah didakwa kerana melanggar Perintah

Kawalan Pergerakan yang telah berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 (The Star).

Terdapat banyak laporan berita mengenai penahanan orang awam, dibawa ke balai polis dan kemudiannya didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Hari ini adalah hari yang ke-18 PKP diwartakan. PKP mengklasifikasikan banyak jenis kesalahan. Mereka yang telah didakwa adalah termasuk Kanak-kanak dan dewasa. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang

masyarakat, daripada golongan ekspatriat di Mont Kiara sehinggalah golongan remaja di Terengganu.

Kami telah melihat gambar-gambar dan video-video mereka yang ditahan dibawah kesalahan melanggar PKP.

Kebanyakannya adalah kerana berada di tempat awam pada waktu

larangan dan berkumpul bagi tujuan yang dilarang seperti aktiviti riadah.

Mereka ini ditangkap dan dikumpulkan beramai-ramai sekaligus melanggar arahan penjarakan sosial sejauh 1 meter antara seseorang individu dengan individu yang lain dan juga arahan untuk pemakaian topeng muka untuk mereka yang batuk atau bersin. Pihak berkuasa juga telah secara terbuka merotan sebahagian daripada mereka dan ada yang dipaksa untuk membuat ketuk-ketampi.

Mereka yang dituduh melanggar PKP telah digari dan dirantai, tidak seperti ahli politik seperti Najib Razak dan Tengku Adnan Mansor ketika mereka dibawa ke mahkamah walaupun mereka berhadapan dengan tuduhan yang berlainan.

Berita yang tersebar luas juga turut memaparkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hajjah Zuraida Kamaruddin telah melanggar Perintah Kawalan

Pergerakan ini namun mereka tidak didakwa.(Perdana Menteri dilihat membeli-belah bersama isterinya, manakala menteri tersebut terlibat dalam satu perhimpunan awam yang mana ini jelas bertentangan dengan PKP).

Seorang pakar kardiologi berusia 61 tahun pula telah dibawa polis ke mahkamah dengan tangan bergari. Pelajar-pelajar kolej di Pulau Pinang digari dan dirantai bersama-sama ketika mereka dibawa ke mahkamah.

Pihak pendakwaan pula tanpa belas kasihan menekan mereka dengan memohon kepada mahkamah jumlah denda yang tinggi dan majistret membenarkannya.

Nelayan yang miskin dan penanggung keluarga mereka pula didenda sebanyak RM 1,000, manakala sebahagian yang lain pula kini berada di penjara kerana tidak mampu membayar denda.

Pihak pendakwaan juga tidak memberi pertimbangan yang munasabah meletakkan jumlah ikat jamin. Seorang pelajar tingkatan 6 yang tidak pernah ada rekod jenayah, ditahan kerana keluar pada waktu malam untuk membeli sepaket mi segera kerana kelaparan, kini menderita di penjara Marang kerana

keluarganya tidak mampu untuk membayar wang ikat jamin yang ditetapkan sebanyak RM 800.

Keadaan-keadaan tersebut memperlihatkan bahawa terdapatnya apa yang dikatakan sebagai tindakan dan terpilih dalam isu pelanggaran PKP ini.

Seorang doktor yang cuba untuk menjelaskan kepada pegawai

penguatkuasa telah didakwa 11 hari kemudian kerana melanggar PKP

manakala seorang menteri, Hajjah Zuraida yang menyertai satu himpunan

dibenarkan untuk bergerak bebas seperti mana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang pergi membeli-belah bersama isterinya dalam tempoh PKP ini.

Kami maklum bahawa Kamar Tan Sri amat bersungguh-sungguh mewartakan undang-undang dan peraturan, yang mana ia membawa kepada pelaksanaan dalam langkah-langkah pengawalan penularan wabak. Namun begitu, pihak Tan Sri tidak mengeluarkan sebarang panduan dan arahan yang jelas

kepada pihak polis dan pendakwaan tentang bagaimana langkah-langkah tersebut patut dikuatkuasakan.

Covid-19 telah meletakkan negara kita didalam satu keadaan yang luar dari kebiasaan dan mencabar. Didapati bahawa semakin banyak yang menunjukkan bahawa kerajaan melalui pihak penguatkuasa mengambil kesempatan dengan menggunakan krisis ini sebagai alasan untuk bertindak melakukan kekerasan melampau.

Terdapat banyak laporan mengenai mereka yang dengan sengaja

melanggar perintah kawalan pergerakan ini, dan malah ada juga laporan mengenai salahguna kuasa oleh pihak polis dan pegawai penguatkuasa yang dibuat oleh orang awam.

Dalam waktu yang sukar ini, kami ingin meminta agar Tan Sri menggunakan kuasa Tan Sri dibawah artikel 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk

memastikan kesaksamaan dan keseragaman dalam pelaksanaan

perintah kawalan pergerakan ini. Kami ingin Tan Sri untuk berpegang kepada Artikel 8, yang menyatakan, semua orang adalah sama dibawah undang-undang. Kami ingin meminta Tan Sri untuk:

Mengarahkan polis untuk peka terhadap penjarakan sosial seterusnya mengelakkan daripada mengiringi orang ke balai polis untuk disiasat

dan ke mahkamah untuk dituduh.

Mengarahkan pihak polis dan pihak pendakwaan untuk meneruskan pendakwaan ke atas mereka yang

dengan sengaja dan terang-terangan bertindak kasar terhadap polis dan pihak penguatkuasaan.

Mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengenakan dakwaan ke atas pegawai penguatkuasa yang mengambil tindakan ke atas

orang awam secara memalukan dan menyeksakan.

Mengarahkan pihak polis dan pendakwaan untuk menangguhkan pendakwaan ke atas mereka yang dituduh melanggar PKP sehingga

waktu penularan wabak ini berakhir supaya tidak membebankan lagi

pihak penjara dan lokap yang telahpun sedia padat.

Mengarahkan pendakwaan untuk tidak mencadangkan hukuman

maksimum untuk pesalah kali pertama.

Mengarahkan pihak polis untuk memberi layanan yang adil terhadap semua orang yang ditangkap atau didakwa. Hanya mereka yang tidak memberikan kerjasama boleh digari dan

dirantai ketika dibawa ke mahkamah.

Kami menggesa Tan Sri agar tidak gentar dalam melaksanakan tugas Tan Sri yang termaktub di bawah Perlembagaan untuk membendung segala bentuk penyalahgunaan kuasa.

Kami juga ingin mengucapkan selamat kepada Tan Sri dalam memikul tanggungjawab yang unik dan sukar ini.



24 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).