Search
  • EDICT Malaysia

Susulan 3 Aktivis Dipanggil Untuk Siasatan Polis



1. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang acara kami Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan yang dianjurkan pada 16 Julai yang lalu.

2. Berikutan acara tersebut yang telah berlangsung dengan jayanya, 2 orang ahli EDICT (Rama Ramanathan dan Khalid Ismath) , dan seorang pemimpin PSM (Arutchelvan) telah dipanggil polis untuk disoal siasat hari ini di IPD Dang Wangi.

3. Sebagai mematuhi perintah yang dikeluarkan dibawah seksyen 111, kami hari ini hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan mengenai acara tersebut.

4. Kami ingin merakamkan rasa kecewa dan dukacita kami kerana PDRM telah membuka kertas siasatan ke atas satu perhimpunan aman yang telah diadakan tanpa menimbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana pihak.

5. Kami difahamkan laporan polis berkenaan dengan acara kami itu telah dibuat oleh seorang pegawai kanan PDRM.

6. Kami percaya, pihak PDRM boleh menggunakan kos dan masa yang digunakan ke atas kami ini untuk menyiasat kes-kes lain yang lebih penting dan yang memerlukan penelitian dan pengamatan yang serius.

7. Kami merasakan siasatan terhadap kes kami ini adalah satu pembaziran masa dan kos oleh PDRM.

8. Kami juga ingin menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menyiasat kes ini kerana himpunan yang diadakan adalah aman dan himpunan ini adalah hak setiap rakyat Malaysia seperti yang termaktub didalam artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

EDICT

20 Julai 2020

17 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).