Search
  • EDICT Malaysia

Terima kasih PDRM



Bersama kenyataan ini, kami ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana telah memudah-carakan Hari Khamis Hitam semalam. Kehadiran yang ramai daripada pihak polis termasuk pasukan polis trafik, memandangkan mereka menyangkakan jumlah kehadiran yang besar (kerana didalam notis kami, kami meletakkan jumlah sasaran sehingga 100 orang).

Setiap anggota polis yang hadir semalam sangat mesra, tidak mengganggu himpunan kami serta memahami tujuan perhimpunan kami semalam. Mereka membantu dalam melancarkan himpunan kami dengan sangat baik.

Kami berharap, sikap yang ditunjukkan oleh pihak polis yang senantiasa menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan kelancaran himpunan ini akan berterusan.

EDICT 17 July 2020

29 views
 

©2020 by Eliminating Deaths & Abuse In Custody Together (EDICT).