Search
  • EDICT Malaysia

Tindakan Seorang Wanita Memaki Polis Di Sekatan Jalan Raya Adalah Tidak Patut




1. Berikutan satu video tular seorang model wanita di Kota Kinabalu Sabah yang memaki hamun bebeberapa anggota polis ketika ditahan di satu Sekatan Jalan Raya di Jalan Kepayan, Sabah, EDICT ingin melahirkan rasa kecewa dengan reaksi wanita tersebut terhadap para anggota yang dilihat menjalankan tugas dengan baik.


2. Tindakan wanita itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana pihak polis tersebut dilihat telah memberikan layanan yang baik kepada wanita terbabit.


3. EDICT ingin mengingatkan orang awam agar menghargai anggota polis yang menjalankan tugas dengan baik serta menghormati anggota polis yang bersikap mesra ketika menjalankan tugas.


4. Namun begitu, EDICT juga ingin mengingatkan anggota polis agar tidak melakukan apa-apa tindakan di luar batasan sekiranya diprovokasi serta sentiasa dapat mengambil tindakan berlandaskan undang-undang dan SOP.


5. EDICT ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji tindakan anggota-anggota polis di Sekatan Jalan Raya tersebut yang dilihat professional dan tenang berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan sedemikian.


EDICT

19 Jun 2021

71 views0 comments